“Alah malasnya nak make up tebal-tebal setiap kali keluar rumah!”. Min akan kongsikan 3 cara mudah untuk nampak lebih menawan tanpa perlu make up berlebihan.
Dalam dunia ni, ada tiga jenis wanita yang nampak cantik. Yang pertama, wanita yang jenis suka pakai Makeup tebal-tebal. Yang kedua pula, wanita jenis suka pakai Makeup sikit-sikit je dan yang ketiga ni, luar biasa sikit sebab mereka jenis wanita yang tak suka pakai Makeup langsung! Mungkin lebih minat Natural Beauty untuk nampak cantik.
Tak semestinya kalau anda Makeup tebal, anda nampak tak cantik. Sebenarnya boleh je anda pakai Makeup yang mudah dan ringan tapi wajah anda masih nampak seolah-olah anda pakai Makeup tebal.
Ada beberapa tips yang perlu anda ambil tahu dan belajar, supaya lepas ni lebih mudah anda bersiap dan tidak perlu pun makan masa yang lama untuk bersiap.
Ingin tahu tipsnya bagaimana? Teruskan baca sampai bawah.
1. Sentiasa pakai pelembap kulit wajah (Moisturizer)

Kalau anda jenis yang kurang gemar pakai concealer atau foundation untuk Make Up, anda boleh gunakan moisturizer. Dengan moisturizer muka anda akan nampak lagi fresh.
Walaupun anda hanya duduk dirumah, anda masih perlu pakai moisturizer kerana kulit wajah anda perlu sentiasa dalam keadaan hidrasi dan akan mengurangkan pembentukan minyak di permukaan kulit wajah.
Anda boleh cuba Face Moisturizer Zafesha Simply sebagai permulaan jika anda tidak pernah gunakan apa-apa brand sebelum ini.
2. Pemilihan warna Lipstick atau Lipsmatte yang sesuai dengan tona kulit wajah

Anda boleh gunakan Lipstick atau Lipsmatte yang berwarna terang untuk nampak lebih menyerlah walaupun sebenarnya anda tidak pakai Full Makeup pun. Dengan warna yang betul pun, sudah boleh nampak lebih WOW!
Antara Lipstick yang best untuk anda cuba adalah Ultramagic Lipstick Zafesha Simply dan Lipsmatte yang anda boleh cuba adalah Lipsmatte Zafesha Simply. Ada beberapa pilihan kod warna yang sangat cantik dan sesuai untuk tona kulit wajah wanita Southeast Asia.
3. Gunakan BB Cushion sebagai pengganti Foundation

Satu lagi tips yang menarik adalah anda hanya perlu gunakan BB Cushion ini sebagai pengganti kepada foundation.
Dengan BB Cushion, anda boleh meratakan tona kulit sebab BB Cushion ini merupakan brightening cream. Jadi, ia akan menutupi parut dan juga bintik-bintik hitam di wajah. Boleh juga tambah blusher atau bronzer untuk tampak lebih cantik.
Untuk produk yang terbaik, anda boleh cuba produk BB Cushion Zafesha Young ini, memang akan puas hati.
Tapi persoalannya sekarang, macam mana cara anda nak beli semua produk-produk di atas?
Senang je. Anda boleh dapatkan semua barang ini hanya di Online Store Zafesha Simply iaitu di website zafeshasimplycosmetic.com atau Seller sah yang berdaftar.
Lawati website atau dapatkan bantuan di FB Page Zafesha Simply Hq Malaysia.